Soalan Lazim

Di manakah lokasi Pejabat bagi Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK)?

Aras 3, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJ), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

 

Apakah program yang ditawarkan?

FSKIK menawarkan lima program sarjana muda pendidikan dan empat program sarjana muda di samping dua program diploma (lepasan SPM) dan empat program sarjana iaitu Sarjana Pendidikan, Sarjana Sains, Sarjana Sastera dan Sarjana Reka Bentuk dalam pelbagai bidang.

 

Senarai program akademik FSKIK

 

Adakah saya mempunyai penasihat akademik?

Semua pelajar akan diberikan seorang penasihat akademik semasa minggu orientasi. Sila rujuk fakulti untuk maklumat lanjut.

 

Adakah UPSI hanya mengambil guru dan bakal guru sahaja sebagai pelajar UPSI?

UPSI bukan sahaja menghasilkan graduan sebagai guru di sekolah, tetapi juga sebagai tenaga pengajar institusi pengajian yang lain. Di samping itu, terdapat graduan yang dihasilkan dari program selain dari pendidikan untuk memenuhi permintaan industri dan menggalakkan peluang kerjaya profesional seperti Ijazah Sarjanamuda Reka Bentuk (Animasi) dengan Kepujian dan sebagainya.

 

Senarai program akademik FSKIK