/ / / /

PERHATIAN

 Merujuk kepada memo IPS yang bertarikh 21 Ogos 2018 adalah berkaitan.

Buku Peraturan Akademik Program Pengajian Siswazah telah menyatakan bahawa semua pelajar program Doktor Falsafah perlu mengikuti sekurang-kurangnya satu kursus kaedah penyelidikan sepanjang pengajian secara audit. Walau bagaimanapun, para pelajar program Doktor Falsafah dibenarkan untuk memohon pengecualian sekiranya dapat melampirkan bukti telah mengambil kursus tersebut di peringkat Sarjana. Permohonan pengecuallian ini tidak mengambil kira gred yang diperoleh dan jangka masa pelajar menyambung pengajian dari peringkat sarjana ke peringkat kedoktoran. Ini telah menyebabkan ada pelajar yang tidak mahu mengikuti kursus kaedah penyelidikan ini walaupun penyelia mendapati pelajar masih lemah dan meminta pelajar mengikuti kursus tersebut.
 
Mulai September 2018, semua pelajar program Doktor Falsafah ambilan Semester 1 Sesi 2018/2019 ke atas wajib mengikuti sekurang-kurangnya satu kursus kaedah penyelidikan sepanjang pengajian secara audit. Pelajar boleh mengikuti kursus kaedah penyelidikan ini sama ada secara konvensional (kuliah 14 minggu) atau secara intensif (musim cuti sekolah, kumpulan khas berdasarkan permintaan dan kesediaan tenaga pengajar). Permohonan pengecualian (sekiranya masih ada) hanya dibenarkan untuk pelajar program Doktor Falsafah ambilan Semester 2 Sesi 2017/2018 ke bawah sahaja.

 

 qrcode webupsi permohonan-online-ipta  logojpa2 mygov logomqa KPM LogoMSC Status RF 03

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer

Copyright 2018 © Faculty of Art, Computing and Creative Industry.
Tel : 05-4505921/5923/5970 | Fax : 05-4582615 | Email : admin@fskik.upsi.edu.my | Webmaster : maryati@upsi.edu.my