HEBAHAN

Dimaklumkan bahawa Perjumpaan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Semester Akhir bersama Pengurusan Pengajian Siswazah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 27 April 2017 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Auditorium Utama, UPSI (Kampus Sultan Abdul Jalil Shah)

Sehubungan itu, Pelajar Semester Akhir Ijazah Sarjana Muda diwajibkan hadir ke perjumpaan ini yang bertujuan memberi pendedahan dan penerangan berkenaan skop program pengajian siswazah yang ditawarkan oleh FSKIK.

Mohon pelajar melengkapkan borang di pautan :- https://docs.google.com/…/1wpGhQIa4i3T6BtkG3ECcFWTY8jx…/edit sebelum atau pada 25 April 2017 (Selasa).

PERHATIAN PELAJAR PENGAJIAN SISWAZAH

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif akan mengadakan Bengkel Penulisan Artikel Jurnal seperti butiran berikut:

Tarikh : 18 Mei 2017 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Seri Tanjong, UPSI

Sehubungan itu, semua pelajar Pengajian Siswazah FSKIK dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut. Sekiranya Tuan/Puan berminat untuk mengikuti bengkel tersebut mohon untuk melengkapkan borang di pautan https://docs.google.com/…/1Gt8roJr_fLMlOShX0VbbiX1jOtn…/edit

sebelum atau 28 April 2017 (Jumaat).

 PERHATIAN
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan mengadakan Anugerah Ketrampilan Pelajar 2016, UPSI yang akan berlangsung pada bulan 3 Mei 2017.
 
Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan hebahan Pencalonan Anugerah Ketrampilan Pelajar 2016 untuk perhatian dan tindakan YBhg. Prof. Dr/tuan/puan. Borang pencalonan ini juga boleh dicapai melalui pautan dengan melayari MyUPSI portal masing-masing.
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 April 2017 (Jumaat) dan sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn Marlina Manja di talian sambungan 7837 dan Encik Hashim di talian sambungan 7831.
 
Sekian, dimaklumkan.

PERHATIAN BAGI PELAJAR DIPLOMA

 

Klik link PENDAFTARAN SEMESTER 1 DIPLOMA SESI 2017/2018

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM DIPLOMA (LEPASAN SPM) 
 
Minggu Tambah dan Gugur Kursus  Semester Bagi Semester 3 (Khas) Sesi 2016/2017 

Subcategories

 

 qrcode webupsi permohonan-online-ipta  logojpa2 mygov logomqa KPM Logo iim  1M MSC Status RF 03

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer

Copyright 2017 © Faculty of Art, Computing and Creative Industry.
Tel : 05-4505921/5923/5970 | Fax : 05-4582615 | Email : admin@fskik.upsi.edu.my | Webmaster : maryati@upsi.edu.my