INFO TERKINI !! 
 

Dimaklumkan bahawa syarat MUET dan General English untuk bergraduat bagi pelajar – pelajar ambilan Semester 1 2016/2017 telah dimasukkan dalam Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008 Pindaan 2017 selaras dengan keputusan Senat bertarikh 17 Oktober 2017. 

 

 Syarat MUET dan General English pada Jadual III  hanya tertakluk kepada pelajar - pelajar ambilan Semester 1 Sesi 2016/2017. Pelajar yang tidak mendapat MUET pada tahap bergraduat perlu mengulang MUET untuk memperbaiki tahap yang ditetapkan. Sekiranya masih gagal setelah mengulang MUET sebanyak dua (2) kali, pelajar dibenarkan mendaftar kursus General English dan wajib lulus pada gred yang ditetapkan bagi kursus General English mengikut program pengajian masing - masing. 

Dilampirkan bersama petikan dari Buku Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008 Pindaan 2017 untuk rujukan. Namun begitu Jadual III akan dimaklumkan kemudian kerana akan berlaku pindaan pada peringkat Universiti dalam masa terdekat. Maaf atas segala kesulitan.

 LAMPIRAN A

 

 qrcode webupsi permohonan-online-ipta  logojpa2 mygov logomqa KPM Logo iim  1M MSC Status RF 03

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer

Copyright 2018 © Faculty of Art, Computing and Creative Industry.
Tel : 05-4505921/5923/5970 | Fax : 05-4582615 | Email : admin@fskik.upsi.edu.my | Webmaster : maryati@upsi.edu.my