HEBAHAN

Jemputan SEMUA WARGA UPSI ke Program Foto Festival Anjuran Bersama UPSI - Nikon.

ISNIN 8 Mei 2017 BERTEMPAT DI AUDITORIUM UPSI

Aturcara:

8:00 Pg - Pendaftaran & Pengagihan Tshirt*

9:00-12:00 Tghari - Bicara Fotografi oleh Jurugambar Profesional Malaysia

2:00-4:00 - Kritik Foto

* Baju Nikon buat 200 pengunjung terawal / saiz adalah terhad.

INFO TERKINI !! 
 

Dimaklumkan bahawa syarat MUET dan General English untuk bergraduat bagi pelajar – pelajar ambilan Semester 1 2016/2017 telah dimasukkan dalam Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008 Pindaan 2017 selaras dengan keputusan Senat bertarikh 17 Oktober 2017. 

 

 Syarat MUET dan General English pada Jadual III  hanya tertakluk kepada pelajar - pelajar ambilan Semester 1 Sesi 2016/2017. Pelajar yang tidak mendapat MUET pada tahap bergraduat perlu mengulang MUET untuk memperbaiki tahap yang ditetapkan. Sekiranya masih gagal setelah mengulang MUET sebanyak dua (2) kali, pelajar dibenarkan mendaftar kursus General English dan wajib lulus pada gred yang ditetapkan bagi kursus General English mengikut program pengajian masing - masing. 

Dilampirkan bersama petikan dari Buku Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008 Pindaan 2017 untuk rujukan. Namun begitu Jadual III akan dimaklumkan kemudian kerana akan berlaku pindaan pada peringkat Universiti dalam masa terdekat. Maaf atas segala kesulitan.

 LAMPIRAN A

Adalah dimaklumkan bahawa MesyuaratJawatankuasa Perancangan Akademik (MJKPA) Kali ke-138 Bil.7/2016 pada 1 Ogos 2016 telah bersetuju kursus BIU3013 General English ditawarkan hanya kepada pelajar semester akhir yang telah mengulang MUET sebanyak dua (2) kali sepanjang pengajian di UPSI.
   
Sehubungan itu, pihak fakulti telah membuat semakan bagi pelajar yang masih belum memenuhi syarat MUET dan GE untuk tujuan pengijazahan.
 
Bersama - sama ini disertakan senarai nama pelajar yang telah  dikenalpasti oleh fakulti dan mohon untuk pelajar peka status tersebut. 
 

 *** Muat turun senarai nama pelajar

 

 

HEBAHAN SEMINAR DUA HARI MATA PELAJARAN UMUM (MPU) KURSUS TITAS (HNH 2012) DAN HUBUNGAN ETNIK (HNS 2012) BAGI PELAJAR SEMESTER ENAM (6)
 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan Seminar Dua Hari Mata Pelajaran Umum (MPU) Kursus TITAS (HNH2012) dan Hubungan Etnik (HNS2012) kepada pelajar semester enam (6) seperti butiran berikut:
 
TARIKH MASA KURSUS TEMPAT
4 hingga 5 November 2017 8.30 pagi hingga 4.30 petang HNH 2012 – TITAS Auditorium Utama, KSAJS
18 November 19 November 2017 HNS2012 – Hubungan Etnik Dewan Tunku Canselor, KSAS
 
* Kehadiran adalah diwajibkan
 
 

HEBAHAN

 Dilampirkan senarai nama penerima ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN KAKITANGAN FSKIK 2016

Subcategories

 

 qrcode webupsi permohonan-online-ipta  logojpa2 mygov logomqa KPM Logo iim  1M MSC Status RF 03

Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer

Copyright 2018 © Faculty of Art, Computing and Creative Industry.
Tel : 05-4505921/5923/5970 | Fax : 05-4582615 | Email : admin@fskik.upsi.edu.my | Webmaster : maryati@upsi.edu.my