Pada 15 September 2009, Senat UPSI meluluskan cadangan penstrukturan semula fakulti di Universiti Pendidikan Sultan Idris bermatlamat untuk menyesuaikan program akademik dan bidang pengajian yang ditawarkan oleh fakulti selaras dengan perkembangan terkini dan keperluan negara.  Fakulti dan jabatan yang digabungkan adalah Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Jabatan Seni (dari Fakulti Seni dan Muzik). Kombinasi ini menghasilkan satu fakulti baharu dikenali sebagai Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif. Fakuti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) telah ditubuhkan pada 1 Jun 2010. Fakulti ini mempunyai tiga jabatan iaitu Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Jabatan Komputeran dan Jabatan Multimedia Kreatif. Pelbagai program dan peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah ditawarkan oleh FSKIK bagi memenuhi keperluan industri kreatif yang menyediakan graduan dengan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan sama ada dalam bidang pendidikan mahupun dalam industri kreatif sedunia.

 

qrcode webupsi permohonan-online-ipta  logojpa2 mygov logomqa KPM Logo iim  1M MSC StatusRF 03

Privasi | Keselamatan | Penafian

Hak Cipta 2017 © Fakulti Seni, Komputeran & Industri Keatif
Tel : 05-4505921/5923/5970 | Fax : 05-4582615 | Email : admin@fskik.upsi.edu.my | Webmaster : maryati@upsi.edu.my