INFO TERKINI !! 
 

Dimaklumkan bahawa syarat MUET dan General English untuk bergraduat bagi pelajar – pelajar ambilan Semester 1 2016/2017 telah dimasukkan dalam Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008 Pindaan 2017 selaras dengan keputusan Senat bertarikh 17 Oktober 2017. 

 

 Syarat MUET dan General English pada Jadual III  hanya tertakluk kepada pelajar - pelajar ambilan Semester 1 Sesi 2016/2017. Pelajar yang tidak mendapat MUET pada tahap bergraduat perlu mengulang MUET untuk memperbaiki tahap yang ditetapkan. Sekiranya masih gagal setelah mengulang MUET sebanyak dua (2) kali, pelajar dibenarkan mendaftar kursus General English dan wajib lulus pada gred yang ditetapkan bagi kursus General English mengikut program pengajian masing - masing. 

Dilampirkan bersama petikan dari Buku Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008 Pindaan 2017 untuk rujukan. Namun begitu Jadual III akan dimaklumkan kemudian kerana akan berlaku pindaan pada peringkat Universiti dalam masa terdekat. Maaf atas segala kesulitan.

 LAMPIRAN A

PERHATIAN
 
Dimaklumkan bahawa syarat MUET dan General English untuk bergraduat yang terkini telah dimasukkan dalam Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008 Pindaan 2017 selaras dengan keputusan Senat bertarikh 17 Oktober 2017.
 
Bersama - sama dilampirkan Jadual I, Jadual II, Jadual III berkaitan syarat tersebut untuk makluman dan perhatian semua.

PERHATIAN

Sukacita dimaklumkan ruang untuk menyertai program pertukaran pelajar ke Amerika Syarikat telah dibuka.
 
Mohon kerjasama rakan-rakan pensyarah sekalian mewar-warkan hal ini kepada siswa/wi UPSI yang difikirkan sesuai.
 
Sesiapa yang berminat boleh melayari laman sesawang yang dikepilkan di bawah untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan menyertai program tersebut. 
 
 
Sekian, terima kasih.

NewHEBAHAN

Perhatian kepada semua pelajar ISMP & ISM, adalah dimaklumakan bahawa :-

Pengisian Penilaian Pembelajaran akan dibuka mulai minggu ke-11 iaitu 27 November 2017 hingga 21 Januari 2018.

Bagi pelajar Semester 8 dan ke atas, anda juga perlu mengisi Tinjauan Tamat Pengajian (Exit Survey).

Kegagalan saudara/i berbuat demikian akan menyebabkan pelajar tidak boleh mencetak slip menduduki peperiksaan.

 

Segala kerjasama anda amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

 

Announcement

Please be informed that according to Post Graduate Studies Regulations, student’s status (all Ph.D, and Master Student by Research and Mixed Mode-applicable for those who has registered Dissertation only) for every semester are based on their research progress report that is filled online through MyUPSI Portal.

Students may submit the report starting from 19th  September  2017 until  05th  December  2017Once a report is submitted, students are required to inform the supervisor to evaluate the report. Students will receive a memo through MyUPSI Portal informing that the supervisor has evaluated the report.

Please call the Thesis Unit staff (Mrs. Norhaiza Mohd Hussain / Mrs. Siti Fauziah/ Ms.Nur Shuhada Jamil – 05-4505485) for any inquiries or assistance.

 

qrcode webupsi permohonan-online-ipta  logojpa2 mygov logomqa KPM Logo iim  1M MSC StatusRF 03

Privasi | Keselamatan | Penafian

Hak Cipta 2017 © Fakulti Seni, Komputeran & Industri Keatif
Tel : 05-4505921/5923/5970 | Fax : 05-4582615 | Email : admin@fskik.upsi.edu.my | Webmaster : maryati@upsi.edu.my