Mata Merit Mycat

Pelajar sangat digalakkan untuk menyertai pelbagai aktiviti dan program anjuran persatuan, fakulti, universiti atau lain-lain di pelbagai peringkat. Setiap penglibatan pelajar akan dinilai dan diberi mata merit yang bersesuaian. Mata merit akan direkodkan ke dalam sistem MyCAT. Di dalam fakulti ini, pencapaian pelajar bukan hanya diukur berdasarkan CGPA semata-mata. Jumlah mata MyCAT juga merupakan sebahagian ukuran penentu kecemerlangan pelajar di fakulti ini. Pelajar digalakkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 150 mata merit setiap semester. Satu transkrip khas akan dikeluarkan oleh UPSI sewaktu graduasi yang menyenaraikan semua aktiviti ko-kurikulum pelajar sepanjang pengajian (yang berjaya direkodkan di dalam sistem MyCAT sahaja).