Objektif Kualiti

 

·   Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar dan kakitangan selesa dengan kemudahan yang disediakan.

·    Memastikan nisbah pensyarah-pelajar adalah 1:20 bagi pelajar sepenuh masa.

·    Memastikan 80% pelajar mendapat PNGK 2.75 ke atas.

·    Memastikan 70% pelajar mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dan ke atas.

·    Memastikan sekurang-kuranya 95% pelajar bergraduat dalam tempoh lapan (8) semester.

·    Memastikan 75% pensyarah mendapat penilaian baik (skor 75% ke atas) dalam penilaian kursus oleh pelajar.

·    Memastikan 95% kakitangan pentadbiran dan sokongan dan kakitangan akademik (tetap dan kontrak) memenuhi mata minimum CPD mengikut kumpulan.

·    Memastikan 80% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

·    Memastikan sekurang-kurangnya 80% penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah adalah mengikut hala tuju penyelidikan Universiti.

·    Sekurang-kurangnya 15% daripada kakitangan akademik sebagai penyelidik utama.

·    Memastikan kakitangan akademik mencapai tidak kurang dari KPI 80% penerbitan.