previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Shadow
Slider

BERITA DAN PERISTIWA

  • TAHNIAH FSKIK

    Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada seluruh warga FSKIK yang telah memberi sumbangan yang terbaik sehingga fakulti dianugerahkan dengan ANUGERAH FAKULTI TERBAIK semasa Anugerah Akademia UPSI 2020.

    Semoga dengan pencapaian ini warga FSKIK akan terus menyumbang kepada kejayaan yang lain buat fakulti di masa hadapan.

  • UCAPAN TAHNIAH KEPADA Y.BHG. PROF. DATO’ DR. MD AMIN BIN MD TAFF ATAS
    PELANTIKAN SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

  • PROSEDUR BERKAITAN PENGAJIAN SISWAZAH SEMASA PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

    Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

    Salam Sejahtera dari Fakulti Seni. Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

    2. Adalah dimaklumkan, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak COVID-19, beberapa
    prosedur tidak dapat dijalankan seperti biasa seperti permohonan berkaitan penyeliaan, penghantaran notis, penyerahan tesis@disertasi dan lain-lain.

    3. Fakulti memahami akan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dan oleh itu permohonan masih boleh dibuat melalui dalam talian. Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang yang terdapat di laman sesawang IPS dan emel kan kepada fakulti. Semua permohonan mesti diemail ke admin@fskik.upsi.edu.my untuk tindakan selanjutnya.

    Terima kasih.

    b.p Dekan

     

    Sila rujuk 👇

    Prosedur Penghantaran Tesis
    Prosedur Penyerahan Borang Penyelidikan

PROSPEKTIF PELAJAR