Kampus & Kemudahan

Lokasi

Kesemua bangunan fakulti termasuk pejabat am, makmal dan studio terletak di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS). Namun begitu, ada kuliah yang diadakan di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Proton City. Tertakluk kepada jadual kuliah yang dikeluarkan oleh Universiti.

 

 

 

Kemudahan

Perkhidmatan bas untuk berulang-alik antara kampus atau kolej ada disediakan untuk kemudahan pelajar. Hentian bas terdekat dengan pejabat am FSKIK adalah hentian bas di Pintu Timur, KSAJS.

 

Makmal komputer dan studio lengkap untuk pengajaran. Para pelajar juga boleh menempah ruang atau peralatan untuk pelbagai aktiviti. Tertakluk kepada kelulusan.


 

Bantuan Kewangan

Para pelajar yang menghadapi masalah kewangan boleh berhubung terus dengan

1.     Pusat Islam, KSAS      

2.     Unit Kebajikan Pelajar, Bangunan Blok A                  

 

 

 

Bantuan Nasihat dan Kaunseling

Para pelajar yang menghadapi sebarang masalah yang mengganggu fikiran boleh berhubung dengan:

1. Mentor/ Penasihat akademik   

                                                                        

2. Unit Kaunseling, Bangunan Bitarasiswa

 

 

 

Kemudahan lain 

 1.   FSKIK Community Book Centre (FCBC)

 Satu lokasi buku komuniti untuk yang memerlukan

·   FCBC : Ruang legar pejabat am FSKIK, Aras 3, Bangunan E-Learning 

 

  2.    Mesin

 Menyediakan sumber air minum bersih sama ada sejuk atau panas.

 Dua lokasi mesin air :

.  Ruang legar pejabat am FSKIK, Aras 3, Bangunan E-Learning.

·   Bangunan IKL (di pintu masuk utama).