JABATAN SENI & REKABENTUK

Jabatan Seni dan Reka Bentuk merupakan sebuah jabatan yang memfokuskan kepada penerokaan kreativiti, ekspresi artistik, dan inovasi dalam bidang seni visual serta reka bentuk. Jabatan ini menyediakan platform untuk pelajar mengasah bakat dan kemahiran dalam pelbagai disiplin seperti reka bentuk grafik, seni halus, reka bentuk fesyen dan reka bentuk industri.

Dengan sokongan seramai 25 orang staf akademik yang berpengalaman dan dedikasi tinggi serta dibantu oleh 10 orang kakitangan sokongan yang cekap, jabatan ini komited untuk melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan mampu memenuhi kehendak industri kreatif yang sentiasa berkembang.

Selain pembelajaran teori dan praktikal, pelajar turut didedahkan kepada projek-projek sebenar, pameran seni, pertandingan, dan kolaborasi industri bagi memperkukuhkan pengalaman dan pendedahan profesional mereka. Kemudahan studio dan makmal moden turut disediakan bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berinovatif.