Piagam Pelanggan

FSKIK komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan mesra dalam bidang berikut:

·    Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.

·    Memastikan Buku Panduan Akademik Fakulti boleh diakses dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh kemasukan pelajar baharu pada setiap sesi akademik.

·    Memastikan Rancangan Instruksional (RI) / Pro Forma Kursus boleh dicapai dalam MyGURU pada minggu pertama pengkuliahan.

·    Memastikan markah kerja kursus dipaparkan untuk semakan pelajar pada minggu ke-13 pengkuliahan.

·    Memastikan pelajar menerima bimbingan dan penasihatan akademik sekurang-kurangnya tiga (3) kali pada setiap semester.

·    Memastikan semua permohonan menjalankan aktiviti / program yang lengkap untuk kelulusan diberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

·   Memastikan peralatan dan perkakasan untuk makmal / bengkel / studio sedia digunakan selewat-lewatnya 10 minit sebelum kuliah bermula.

·    Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.