TENTANG ARTTRADE

Strategic Business Unit (SBU) ARTTRADE ialah unit perniagaan strategik di bawah Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memfokuskan kepada pengkomersialan produk dan perkhidmatan dalam bidang seni serta industri kreatif. Unit ini berperanan menghubungkan kepakaran akademik dengan keperluan industri melalui projek kreatif, konsultasi dan kolaborasi strategik. Selain itu, SBU ARTTRADE turut menyokong usaha penjanaan pendapatan fakulti serta pembangunan ekosistem keusahawanan kreatif.