
Pengenalan
Sarjana Muda Rekabentuk (Permainan Digital) dengan Kepujian di UPSI ditawarkan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri permainan digital dan kandungan interaktif.
Program ini menumpukan kepada pembangunan kemahiran dalam rekaan permainan, pembangunan watak dan persekitaran, penceritaan interaktif, asas pengaturcaraan permainan, serta penggunaan enjin permainan seperti Unity dan Unreal Engine.
Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek, pelajar akan terlibat secara langsung dalam keseluruhan proses penghasilan permainan digital bermula daripada konsep, rekaan, pembangunan hinggalah ke ujian pengguna. Program ini turut mengintegrasikan elemen seni visual, pengalaman pengguna (UX), antara muka pengguna (UI), dan pemikiran reka bentuk bagi menghasilkan pengalaman permainan yang menarik dan bermakna.
Graduan program ini berpotensi untuk menceburi pelbagai sektor dalam industri kreatif digital, termasuk kerjaya sebagai pereka permainan, pembangun permainan, artis permainan digital, pereka pengalaman interaktif, serta usahawan digital dalam bidang hiburan, pendidikan, dan aplikasi interaktif.
Pengambilan: Permohonan kemasukan boleh diakses melalui Permohonan Atas Talian UPUOnline yang dibuka secara berkala antara bulan Januari hingga April setiap tahun (tertakluk kepada pindaan).
*Calon antarabangsa pula perlu membuat permohonan melalui sistem ebitara.upsi.edu.my antara bulan Januari hingga April setiap tahun (tertakluk kepada pindaan).
*Pengambilan pelajar melibatkan sesi temuduga.
Mulakan perjalanan anda bersama kami hari ini.
Tempoh Pengajian
3.5 – 4 Tahun (Sepenuh Masa)
Peluang Kerjaya
- Pengaturcara Permainan Digital
- Pereka Konsep
- Jurulatih Reka Bentuk
- Pemasar atau Usahawan
- Penguji Permainan Digital
- Pereka Audio
- Pereka Watak
- Pentadbir Laman Web (Webmaster)
- Pereka Kesan Khas Visual
- Pereka Kesan Khas Bunyi