JABATAN MULTIMEDIA KREATIF

Jabatan Multimedia Kreatif merupakan sebuah jabatan yang dinamik di bawah Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), yang menawarkan tiga bidang utama: Rekabentuk Animasi, Rekabentuk Pengiklanan, dan Rekabentuk Permainan Digital. Setiap bidang memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran kreatif, teknikal, dan estetika yang relevan dengan keperluan industri kandungan digital semasa.

Rekabentuk Animasi menumpukan kepada penghasilan animasi 2D, 3D dan teknik hibrid melalui pendekatan sinematik, naratif visual dan teknologi seperti studio motion capture (mocap) serta perisian animasi industri.

Rekabentuk Pengiklanan pula memberi penekanan kepada strategi visual, kempen digital dan produksi media kreatif yang menggabungkan elemen branding, pemasaran visual, serta penerapan kecerdasan buatan (AI) dalam reka bentuk kandungan.

Rekabentuk Permainan Digital fokus kepada pembangunan permainan berasaskan pengalaman pengguna (UX/UI), reka bentuk interaktif, dan pembelajaran immersif, merangkumi realiti maya (VR), realiti terimbuh (AR), dan elemen naratif permainan.

Disokong oleh 23 pensyarah yang berkelayakan tinggi dan 4 kakitangan sokongan profesional, Jabatan ini menyediakan ekosistem pembelajaran menyeluruh yang menggabungkan teori, amali, kreativiti dan inovasi teknologi. Fasiliti lengkap seperti studio multimedia, makmal komputer berteknologi tinggi, studio mocap, dan studio rakaman audio visual, memperkukuh pendekatan berasaskan projek dan kolaboratif.

Pelajar juga mendapat manfaat daripada pelaksanaan program industri@campus, yang membolehkan mereka mengikuti kursus bersama pengamal industri, menyertai projek sebenar, dan menjalani latihan industri dalam ekosistem yang sebenar. Tambahan pula, elemen pengalaman estetik dan reka bentuk immersif diterapkan dalam setiap program bagi melahirkan graduan yang bukan hanya mahir dari segi teknikal, tetapi juga sensitif terhadap nilai seni, budaya visual, dan pengalaman pengguna.

Jabatan Multimedia Kreatif komited untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidang kandungan kreatif yang mampu bersaing secara kompetitif di peringkat nasional dan global, sekaligus menyumbang kepada kemajuan industri seni dan media digital negara.