Piagam Pelanggan
FSKIK komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan mesra dalam bidang berikut:
· Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.
· Memastikan Buku Panduan Akademik Fakulti boleh diakses dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh kemasukan pelajar baharu pada setiap sesi akademik.
· Memastikan Rancangan Instruksional (RI) / Pro Forma Kursus boleh dicapai dalam MyGURU pada minggu pertama pengkuliahan.
· Memastikan markah kerja kursus dipaparkan untuk semakan pelajar pada minggu ke-13 pengkuliahan.
· Memastikan pelajar menerima bimbingan dan penasihatan akademik sekurang-kurangnya tiga (3) kali pada setiap semester.
· Memastikan semua permohonan menjalankan aktiviti / program yang lengkap untuk kelulusan diberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
· Memastikan peralatan dan perkakasan untuk makmal / bengkel / studio sedia digunakan selewat-lewatnya 10 minit sebelum kuliah bermula.
· Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.