Sarjana Muda Reka Bentuk (Pengiklanan) Dengan Kepujian

Pengenalan

Program Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk (Pengiklanan) dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) direka bentuk untuk melahirkan graduan yang berkemahiran dalam bidang rekabentuk kreatif, dengan penekanan khusus dalam pengiklanan dan komunikasi visual.

Program ini menggabungkan elemen teori dan amali dalam bidang seperti rekabentuk grafik, penjenamaan, strategi komunikasi, media digital, penyuntingan kreatif, dan psikologi pengguna.

Pelajar akan didedahkan kepada pendekatan studio berasaskan projek, kerjasama industri, serta penggunaan teknologi rekabentuk terkini yang selari dengan kehendak pasaran kerja dan landskap media yang sentiasa berubah. Program ini turut menitikberatkan pembangunan kemahiran berfikir secara kreatif, kritikal dan strategik yang diperlukan untuk menghasilkan kempen pengiklanan yang berkesan dan beretika.

Graduan program ini berpeluang menceburi kerjaya dalam bidang pengiklanan, komunikasi visual, rekabentuk grafik, penjenamaan, pemasaran digital, penerbitan media, atau sebagai usahawan kreatif. Mereka juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat pasca siswazah.

Pengambilan : Permohonan kemasukan boleh dibuat melalui Permohonan Dalam Talian di UPUOnline. Permohonan dibuka secara berkala antara Januari hingga April setiap tahun (tertakluk kepada pindaan).

*Calon antarabangsa boleh membuat permohonan melalui sistem ebitara.upsi.edu.my antara Januari hingga April setiap tahun (tertakluk kepada pindaan).

*Proses pengambilan pelajar melibatkan temuduga.

Mulakan perjalanan anda bersama kami sekarang.

Tempoh Pengajian

3.5 – 4 Tahun (Sepenuh Masa)

Peluang Kerjaya

  • Pereka Grafik
  • Pereka Konsep
  • Pereka Visual
  • Pengarah Seni / Kreatif
  • Penulis Iklan
  • Penyunting / Pengurus Kandungan
  • Perancang Media
  • Pengarah Produksi
  • Jurugambar
  • Penyunting Video
  • Pengurus Akaun
  • Penulis Skrip