
Pengenalan
Program ini bertujuan melahirkan graduan yang mahir, kreatif, dan kompetitif dalam bidang animasi dan kandungan digital. Program ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran dalam animasi 2D dan 3D, ilustrasi digital, penceritaan visual, sinematografi, reka bentuk watak, serta penggunaan perisian dan teknologi moden dalam penghasilan animasi.
Melalui pendekatan berasaskan projek, pengajaran praktikal, dan pendedahan kepada piawaian industri, pelajar akan menguasai proses penghasilan animasi dari pembangunan konsep hingga ke pasca produksi. Program ini juga memupuk kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, pemikiran kritikal, dan penyelesaian masalah yang inovatif – semua kemahiran penting dalam industri kreatif masa kini.
Graduan program ini berpeluang menceburi kerjaya dalam bidang animasi, pembangunan permainan digital, kandungan media interaktif, rekabentuk visual, penyiaran, pendidikan kreatif, serta keusahawanan dalam media dan hiburan.
Pengambilan : Permohonan kemasukan boleh dibuat melalui Permohonan Dalam Talian di UPUOnline. Permohonan dibuka secara berkala antara Januari hingga April setiap tahun (tertakluk kepada pindaan).
*Calon antarabangsa boleh membuat permohonan melalui sistem ebitara.upsi.edu.my antara Januari hingga April setiap tahun (tertakluk kepada pindaan).
*Proses pengambilan pelajar melibatkan temuduga.
Mulakan perjalanan anda bersama kami sekarang.
Tempoh Pengajian
3.5 – 4 Tahun (Sepenuh Masa)
Peluang Kerjaya
- Pereka Animasi
- Pelukis Lakaran Cerita
- Pereka Watak
- Pemodel 3D
- Pereka Pra-Visualisasi
- Pereka Simulasi
- Pengarah Set dan Properti
- Penyambung Rangka
- Pengarah Animasi
- Pereka Kesan Visual Khas
- Penyunting Audio / Video