PROSEDUR BERKAITAN PENGAJIAN SISWAZAH SEMASA PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Salam Sejahtera dari Fakulti Seni. Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
2. Adalah dimaklumkan, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak COVID-19, beberapa
prosedur tidak dapat dijalankan seperti biasa seperti permohonan berkaitan penyeliaan, penghantaran notis, penyerahan tesis@disertasi dan lain-lain.
3. Fakulti memahami akan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dan oleh itu permohonan masih boleh dibuat melalui dalam talian. Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang yang terdapat di laman sesawang IPS dan emel kan kepada fakulti. Semua permohonan mesti diemail ke admin@fskik.upsi.edu.my untuk tindakan selanjutnya.
Terima kasih.
b.p Dekan
Sila rujuk 👇
Prosedur Penghantaran Tesis
Prosedur Penyerahan Borang Penyelidikan